Tuesday 27 October 2015

Aloe Berry Nectar / Aloe Berry Bits N Peaches

Selain daripada Forever Aloe Vera Gel, terdapat juga minuman berasaskan gel aloe vera yang diperkaya dengan perisa semulajadi yang lain dan dirumus khas untuk membantu meringankan masalah-masalah kesihatan yang lain.



1. ALOE BERRY NECTAR 
Selain daripada gel aloe vera, Aloe Berry Nectar mengandungi perahan epal dan kranberi (cranberries). Khasiat gel aloe vera di dalamnya, kaya dengan vitamin, mineral, enzim dan asid amino di dalamnya mampu membantu merawat penyakit, jangkitan kuman dan sistem penghadaman. Ia juga mencantikan kulit dari dalam. Perahan epal dan seratnya pula membantu mengekalkan kesihatan dan menurunkan kadar kolestrol, menyeimbangkan tekanan darah, menghalang dan merawat kanser usus.

Epal juga tinggi dengan vitamin C, B6 and K dan potasium, magnesium dan mangan. Fitonutrien dalam epal juga membantu pengaliran darah dan mengawal kandungan gula dalam darah kerana ketinggian kandungan falvonoid dalam epal melambatkan enzim yang menukarkan karbohidrat kompleks kepada gula. 

Buah kranberi pula tinggi dengan Vitamin C, E, K, B5 dan B6. Buah kranberi juga mengandungi proantosianidin, sejenis antioksida yang membantu mengelakkan penyakit jantung dan kanser. Ia juga sangat bagus untuk membuang toksin daripada badan dan membantu menjaga kesihatan sistem kencing. Kajian terbaru juga mendapati bahawa kranberi mengalang pembentukan batu dalam buah pinggang, membantu pemulihan serangan strok dan menghalang kanser.

Untuk mengetahui bagaimana Aloe Berry Nectar boleh digunakan dengan lebih berkesan untuk rawatan gout.

Khasiat:

* Formula berpaten ini amat digemari oleh pelanggan-pelanggan wanita kami tetapi ia juga adalah sesuai bagi lelaki.
* Mengandungi Aloe Vera distabilkan 100% dan vitamin antipengoksida A & C yang boleh membantu membersihkan sistem gastrousus, menguatkan sistem imun, merangsang penyembuhan (pertumbuhan semula sel) dan mengurangkan keradangan. Ia juga bertindak sebagai bahantara yang amat baik untuk mengangkut nutrien yang terkandung dalam kranberi kepada sel-sel tubuh.
* Flavonoid Proanthocyanidin yang boleh membantu menghalang bakteria berbahaya daripada melekat pada dinding saluran kencing, oleh itu menolong mengekalkan saluran kencing yang sihat dan menstabilkan hormon.
* Tahap vitamin A dan C yang tinggi serta pycnogenol, antioksida yang berguna untuk melindungi kolagen. Kolagen memainkan peranan penting bagi mengekalkan keanjalan kulit.

Cara Pengambilan:

Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari



2. ALOE BERRY BITS N" PEACHES 
Selain daripada ia mengandungi khasiat gel aloe vera, rasanya lebih sedap dengan cebisan-cebisan buah pic yang dimasukkan sekali - sangat digemari oleh kanak-kanak. Minuman ini sangat sesuai untuk meningkatkan sistem daya ketahanan badan (imuniti) dan membantu sistem penghadaman.

Buah pic adalah sumber yang sangat kaya dengan Vitamin A & potasium. Ia membantu menjadikan kulit sihat dengan kompleksi yang lebih baik. Penggunaan pic sangat membantu dalam penyingkiran cacing dari saluran usus. Ia juga kaya dengan vitamin A,  buah pic membantu mencegah kanser dalam organ-organ dan kelenjar dengan tisu epitelium. Buah pic terdiri daripada lebih daripada 80 peratus air dan sumber serat pemakanan, menjadikan ia pilihan yang baik untuk mereka yang cuba mengurangkan berat badan dan mengurangkan sembelit. 

Beberapa penyelidik mendapati bahawa antioksidan dalam buah pic membantu merencatkan perkembangan sel-sel tumor. Buah pic juga mempunyai kesan julap kecil dan kesan diuretik yang kuat dan dengan itu, adalah disyorkan kepada orang yang mengidap penyakit sendi dan gout.

Memakan buah pic memberi manfaat kepada individu yang mengalami penyakit berikut:

Asidosis, Anemia, Asma, pundi kencing dan batu buah pinggang, Bronkitis, Sembelit,
Batuk Kering, Gastritis, Tekanan Darah Tinggi, Nefritis, Masalah Penghadaman.

Khasiat:

* Formula berpaten dengan perisa pic yang lazat dan cebisan Aloe iniamat digemari oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. 
* Mengandungi Aloe Vera distabilkan 100% yang kaya dengan nutrien yang boleh membantu membersihkan sistem gastrousus, menguatkan sistem imun, merangsang penyembuhan (pertumbuhan semula sel) dan mengurangkan keradangan. 
* Ia juga bertindak sebagai bahantara yang amat baik untuk mengangkut nutrien yang terkandung dalam kranberi kepada sel-sel tubuh. 
* Vitamin A (dalam bentuk prekursor karotenoid), C dan E tambahan daripada buah pic yang sangat berguna untuk memastikan sistem imun serta kulit yang sihat. 

Cara Pengambilan: 
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari




BERMINAT?? CEPAT2 CALL/SMS/WHATS APP

De Iras Zie Beauty 

013-3456250 / 012-2216093

ATAU TERUS DATANG KEDAI 

De Iras Zie Beauty

Lot G-19, Ground Floor, Anggerik Mall

Jalan 14/8, Seksyen 14

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel 013-3456250 / 012-2216093
deirasziebeauty@gmail.com

No comments:

Post a Comment